Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


donut chef li - lembut sampai keesokkan hari
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
donut chef lembut



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Sunday, 4-Feb-2007 12:00
MEH KITA MASAK ASAM PEDAS AYAM PLAK...
nie lak menu hari ahad:

asam pedas ayam - mmg sedap giler, tak tau nak ckp cemana, saya bg 10 bintang. asben yg tak suka asam pedas pun leh mkn bykkkkkkkk. tak sangka plak asam pedas ayam nie lg sedap dr kita letak ikan. tapi mmg tak dinafikan resepi dr puti mazura mmg enak2 belaka...tq kak puti.

masak lemak putih bayam merah - dah ada menu pedas kena la ada yg tak pedas utk anak bujang ku yg tak tahan pedas tu...resepi campak2 je...hiris bwg putih/bwg merah. masukkan santan cair dlm periuk. masukkan hirisan bwg2 tadi. bila dah menggelegak, masukkan bayam dan terus matikan api. letak garam seckup rasa.

mini donut chef li - nie saya test buat mini donut sbb nanti ada org oder for bday, dia request wat kecik2.

agar2 cendol - dah lama terigin nak mkn agar2 cendol resepi kak liza nie tapi baru semlm berkesempatan. tapi rupa tak cun langsung tak mcm yg kak liza buat. tapi tak pe nanti nak menuntut gak dgn kak liza sampai jadi lawa mcm tu. yg nie pun saya cari dlm website kak liza, pun tak de kat ofis. sapa yg leh surf internet tu pegi la jengok2 kat dapur kak liza tu...mcm2 resepi mengancam jiwa ada...kalau idak tunggu mlm karang gak ekk

DONAT -- Resipi Asal Chef Li


Bahan-Bahan

1500 gm tepung gandum
32.5 gm yis segera
70 - 80 gm majerin
120 gm gula
1 1/2 biji telur (75 gm berat)
45 gm susu tepung
15 gm garam
15 gm voltex (bread softener)
140 gm shortening
7.5 gm baking poder
750 gm air
1 sudu makan ovalette


Cara membuat

Masukkan semua bahan kering dan ovalette dan gaul rata.
Masukkan telu dan air dan kacau sebati
Masukkan shortening dan majerin
Gaul (uli) hingga sebati
Keluarkan doh dan rehatkan 5 minit
Canaikan setebal 1- 1.5 cm dan potong ngan pemotong donat
Letak doh atas taburan tepung
Biarkan doh naik dua kali ganda
Gorengkan dan sejukkan kan
salutkan ngan gula kastor

Donat ni lebih lembut dan lebih gebu daripada donat biasa kerana telah ditambah dengan pelbagai bahan
Kelembutan tahan hingga keesokkannya.
Tempoh pemeraman mesti mengikut masa yang diberi untuk menjami mutu
Goreng ngan api sederhana supaya masak sempurna

Mendingin bekukan donat

Goreng sehingga masak putih kekuningan.
sebelum bungkus.. bekukan donat supaya bentuk asalnya kekal.



© Pidgin Technologies Ltd. 2008.